Tuesday, 26 April 2011

1.0  LATAR BELAKANG JABATAN KESUSASTERAAN MELAYU
Jabatan Kesusasteraan Melayu (JKM) Institut Pendidikan Guru  Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) terdiri daripada dua bidang pengajian.  Dua bidang itu ialah Bidang Ilmu Kesusasteraan Melayu dan Bidang Pedagogi Kesusasteraan Melayu. JKM IPG KBM diketuai oleh seorang Ketua Jabatan, dua (2) Pensyarah Kanan, dua (2) pensyarah dan seorang Pembantu Am Pentadbiran.

1.1  VISI JABATAN KESUSASTERAAN MELAYU
Jabatan Kesusasteraan Melayu unggul dalam bidang pendidikan Kesusasteraan Melayu pada  tahun 2010-2015.

1.2  MISI JABATAN KESUSASTERAN MELAYU
Jabatan  Kesusasteraan Melayu melahirkan  guru pra perkhidmatan dan guru pasca perkhidmatan  yang unggul dalam bidang pendidikan Kesusasteraan Melayu melalui perancangan dan pelaksanaan aktiviti akademik serta pelaksanaan aktiviti pelestarian, penghayatan nilai kesusasteraan  dan penyelidikan sebagai asas amalan pendidikan pedagogi.
1.3  OBJEKTIF JABATAN KESUSASTERAAN MELAYU
·         Menghasilkan guru pra perkhidmatan dan guru pasca perkhidmatan yang kompeten dalam melaksanakan pengajaran Kesusasteraan Melayu,
·         membentuk insan guru yang professional dan berketrampilan serta penuh dengan rasa kemanusiaan;
·         menyediakan guru pra perkhidmatan dan pasca perkhidmatan yang dapat membuat penyesuaian emosi, sosial dan kemahiran akademik bersesuaian persekitaran tempat kerja;
·         mengeksploitasikan pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahan sastera;
·         menyediakan modul pengajaran mata pelajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (KOMSAS);
·         guru pra perkhidmatan dan pasca perkhidmatan dapat meningkatkan penguasaan ilmu sastera dan pedagogi sastera ke  tahap 100%;
·         memastikan pelaksanaan kuliah dan tutorial dilaksanakan 100%;
·         sasaran pencapaian akademik guru pra perkhidmatan sekurang-kurangnya 80% gemerlang, 20% kepujian;
·         membentuk guru pra perkhidmatan yang kreatif, kritis dan inovatif;
·         mewujudkan kolaborasi dengan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan  pihak sekolah dengan mengendalikan kursus-kursus pendek dan perbengkel;
·         melaksanakan penyelidikan pengajaran dan pembelajaran dan membuat penambahbaikan;
·         mememberi bimbingan  guru pra perkhidmatan semasa menjalani praktikum dengan sasaran 100% lulus; dan
·         membantu pihak kampus induk dan agensi luar  dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sastera, bahasa dan budaya.

1.4  PIAGAM PELANGGAN JABATAN KESUSASTERAAN MELAYU
·         melahirkan guru pra perkhidatan yang dapat melaksanakan pengajaran secara efektif berasaskan Pedagogi Kesusasteraan Melayu yang mengandungi Teori & Kritikan Sastera, Penulisan Kreatif, dan Penyelidikan dan Pedagogi Kesusasteraan;
·         meningkatkan kemampuan  guru pra perkhidmatan menghasilkan tugasan yang bermutu tinggi melalui penyelidikan dan pembelajaran kendiri;
·         mewujudkan suasana dan amalan budaya akademik tinggi yang berterusan dalam kalangan pensyarah dan pelajar;
·         memastikan pelajar memperoleh kemahirana dan ilmu seperti yang dihasratkan dalam kurikulum yang disediakan, berasaskan penilaian formatif dan sumatif, pengajaran makro dan pengajaran mikro;
·         membina dan memupuk sikap  dan nilai positif yang sesuai dengan profesion keguruan;
·         memanfaatkan pengetahuan, kemahiran, dan bakat tenaga pengajajaar untuk melahirkan guru pra perkhidmatan yang cekap, inovatif, proaktif dan berkaliber;
·         menghasilkan pendidik Kesusasteraan Melaayu yang prihatin terhadap tanggungjawab  social  untuk menjadi insan yang seimbang dan menyeluruh;
·         membantu fakulti dan jabatan lain di Kampus Induk Pendidikan Guru dan agensi luar dalam aspek-aspek kesusasteraan;
·         membantu IPG-IPG yang lain dari segi kepakaran dan rujukan dalam bidang sastera; dan
·         mengantarabangsakan Pendidikan Kesusasteraan Melayu.

1.5  FUNGSI JABATAN KESUSASTERAAN
Tugas utama jabatan ini adalah mengajarkan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu major dan minor bagi kursus-kursus dan program-program seperti berikut:
1.5.1  KURSUS SEPENUH MASA
·         Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda  Perguruan (PPISMP Semester 2, 3 & 5)
·         Program Ijazah Sarjana Muda (PISMP)
·         Program Ijazah Sarjana Muda Keguruan (PISMK)
·         Guru Bimbingan Sekolah Rendah (GBSR)
·         Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu (KDP4M)
·         Kursus Diploma Perguruan Malaysia KEMAS (KDPM KEMAS)
·         Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI)
·         Kursus Perguruan Lepas Ijazah Permata  (KPLI Permata)

1.5.2  KURSUS SEMASA CUTI
·         KPLI J-QAF
·         KDPM SABK
·         KPLI SABK
·         KPLI SR
·         KDPM PLPS
·         Program Guru Sekolah Rendah (PGSR)

1.5.3  KURSUS PENDEK KELOLAAN INSTITUT (KPKI)
·         Kursus Tatabahasa Bahasa Melayu Terkini
·         Bengkel Apresiasi Teks KOMSAS
·         Bengkel Apresiasi Teks Kesusasteraan Melayu
·         Bengkel Apresiasi Puisi Tradisional dan Puisi Moden
·         KDP4M Peningkatan Profesionalisme:  Pemikirian dan Kritikan Dalam Kesusasteraan Melayu (SM)
1.5.4  TUGAS-TUGAS LAIN JABATAN
·         Menyelaras kursus Kesusasteraan Melayu PPISMP Semester 2, 3 & 5.
·         Mengendalikan program bersama agensi-agensi luar.
·         Pengurusan penyeliaan pemantauan dan penilaian praktikum.
·         Menyemarakkan aktiviti sastera.
1.6   AKTIVITI PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
·         Penulisan Penyelidikan Tindakan
1.7  AKTIVITI PENINGKATAN PROFESIONALISME KEGURUAN JABATAN KESUSASTERAAN MELAYU TAHUN 2011
TARIKH
AKTIVITI
Februari

3-4
Kursus Tatabahasa Bahasa Melayu Terkini
Mac

2-4
Bengkel Apresiasi Puisi (Tradisional & Moden)
10-12
Bengkel Penulisan Kreatif (Puisi Tradisional dan Moden)
April

1-30
KDP4M Peningkatan Profesionalisme:  Pemikirian dan Kritikan Dalam Kesusasteraan Melayu (SM)
7-8
Bengkel Apresiasi Teks KOMSAS
24-28
Apresiasi Puisirama
Mei

6-8
Bengkel Jurulatih Utama KOMSAS Kebangsaaan
12-13
Bengkel Apresiasi Puisi Tradisional
18-20
Bengkel Jurulatih Guru KOMSAS Zon Tengah
Jun - Julai

22-24
Bengkel Jurulatih Guru KOMSAS Zon Sarawak
28-30
Bengkel Jurulatih Guru KOMSAS Zon Timur
30-1
Bengkel Apresiasi Teks KOMSAS
September

28-30
Minggu Semarak Sastera

1,9  PENUTUP
Jabatan Kesusasteraan Melayu telah melaksanakan semua aktiviti jabatan seperti yang
dirancangkan bagi tahun 2011 pada tahap yang membanggakan.  Tahniah!

KEPAKARAN PENSYARAH

Kepakaran Pensyarah Jabatan Kesusasteraan Melayu Tahun 2011
Bil.
Nama Pensyarah

Ijazah Pertama
Ijazah Kedua
Ph.D/Dip./Sijil Keguruan

1

ABD HAMID BIN MUKRI

Bac. Pend. (PBMP)
Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pertama

M.Ed
(Pedagogi Sastera)

Sijil Keguruan
Asas

2

MOHD. FAUZI BIN ABDULLAH

B.A (Hons)
(Pengajian Melayu & Linguistik)

Sarjana Persuratan Melayu

Dip.Ed.
Pengajian Melayu

3

MOHD. SAMSUDDIN BIN MAHMOD

B.A (Hons)
(Pengajian Melayu (Linguistik)


M.Ed
(Pendidikan Bahasa)


4

CHE ZAINON BINTI OMAR

B.A (Hons)
(Pengajiana Melayu & Sejarah)

M.Ed
(Bimbingan & Kaunseling)

Dip.Ed.
Bahasa Melayu & Sejarah

5

NADZERI BIN ISA

Bac.Pend. (PBMP)
Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pertama


M.S (PBMP)
Pengajaran Bahasa Melayu
Sebagai  Bahasa Pertama